Tanah Tinggi Minangkabau
Tanah Tinggi Minangkabau

Tanah Tinggi Minangkabau

Tanah Tinggi Minangkabau ialah sebuah kawasan pergunungan di Sumatera Barat yang dikelilingi tiga buah gunung (Gunung Marapi, Gunung Singgalang, dan Gunung Sago) di tengah-tengah Sumatra, Indonesia. Ia ialah tempat asal untuk Orang Minangkabau yang merujuk kepadanya sebagai Alam Minangkabau.[1] Kawasan ini membentuk sebuah kerajaan yang dikenali sejak sekurang-kurangnya abad ke-7 sebagai Malayu.[2]Berkemungkinan bahawa penanaman beras bersawah berkembang di tanah tinggi ini lama sebelum ia muncul di bahagian-bahagian lain di Sumatera dan mendahului kemasukan pengaruh luar.[3] Prasasti di kawasan itu telah ditemukan berasal dari zaman pemerintahan Adityavarman (1347-1375).[4] Orang Belanda mula mengeksploitasi rizab emas di tanah tinggi ini dalam tahun 1680-an.[5] Mereka telah menguasai perdagangan di kawasan itu, menyekat hubungan cawang-cawang perdagangan antara tanah tinggi dan pelabuhan di pantai antara 1820 dan 1899, lantas mendorong kejatuhan dalam pengeluaran beras yang ketara.[6] Tanah tinggi ini terdiri daripada tiga lembah utama: Lembah Tanah Datar, Lembah Agam dan Lembah Limapuluh.[7]Kampung Belimbing di Tanah Tinggi terkenal dengan contoh seni bina Minangkabau masih kekal.[8]